Terma & Syarat refund
Gedungdiy Malaysia:

  1. Jaminan ini sah selama 3 hari bermula dari tarikh pelanggan menerima produk.

  2. Untuk memenuhi syarat-syarat Jaminan ini, pelanggan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

    a) Pelanggan perlu memberitahu kami tentang tujuan untuk mengembalikan produk dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima.

    b) Produk mestilah dalam keadaan asal, baik dan dalam bungkusan asal ketika diterima.

    c) Pelanggan perlu pos semula produk lengkap kepada kami dalam bungkusan/packaging asal produk tersebut.

    d) Jaminan ini tidak terpakai jika kami terima produk yang rosak atas kecuaian pelanggan sendiri, produk tidak lengkap atau produk yang tidak di pos semula.

  3. Setelah syarat-syarat di atas dipenuhi, pihak kami akan memproses pembayaran balik dalam masa 7 hari bekerja. Pembayaran balik akan dikreditkan terus ke akaun bank pelanggan.

  4. Gedungdiy Malaysia berhak untuk mengubah atau menghentikan Jaminan ini pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu. Jaminan ini tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

  5. Untuk maklumat lanjut tentang Jaminan ini, sila Whatsapp Khidmat Pelanggan kami di sini.

  6. Dengan membeli dari Gedungdiy Malaysia, anda bersetuju dengan terma dan syarat Jaminan ini.
gedungdiy.com

Dimiliki oleh Motorkap Accessory & Part
(002847041-K)

No 41-3A (Level 3), Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000 Rawang Selangor.